=> Warganegara
=> Antarabangsa
=> Beritahu
=> Tanggungjawab
=> Kakitangan
=> Jawatankuasa
=> Suruhanjaya
=> Bumiputera
=> Setiausaha
=> Pesuruhjaya
=> Matahari
=> Olahraga
=> Kerjasama
=> Sukarela
=> Tandatangan
Adakah anda sedang mengeluh,"Bahasa Malaysia pun nak hafal macam-macam. Menyusahkan betul!". Sabar. Cuba anda baca 'ayat' di bawah:
i) Warganegara antarabangsa beritahu tanggungjawab kakitangan jawatankuasa suruhanjaya bumiputera.
ii) Setiausaha pesuruhjaya olahraga negeri Matahari bekerjasama secara sukarela dan tandatangan.
Mudah jika anda menghafal perkataan di atas dalam bentuk ayat.
*Terdapat pengecualian untuk perkataan berikut:
=> Apabila
=> Iaitu

Anda tidak boleh menjarakkan kata-kata majmuk di atas. Pada masa yang sama, perkataan yang lain pula tidak boleh didekatkan. Contoh perkataan yang sering ditulis dengan cara yang salah ialah:
=> Komputerriba (Sepatutnya=> komputer riba)
=> Samada (Sepatutnya=> Sama ada)
=> Walaubagaimanapun (Sepatutnya=> Walau bagaimanapun)
=> Urusetia (Sepatutnya=> Urus setia)
Peraturan tatabahasa ini hanya diguna pakai untuk kedua-dua perkataan yang mempunyai maksud masing-masing. Misalnya, mata (eyes) dan hari (days) digabungkan menjadi matahari (sun). Namun begitu, perkataan yang menerima awalan pinjaman perlu didekatkan.
Contoh kata awalan pinjaman:
anti-
dwi-
pro-
ko-
pra-
ke-
Tanda sekang (-) perlu digunakan jika kata awalan pinjaman ini disertai dengan:
i) perkataan yang bermula dengan huruf besar; atau
ii)berbentuk nombor.
Contoh:
=> proaktif (tidak perlu sekang kerana perkataan 'aktif'' bermula dengan huruf kecil)
=> pro-Barat (perlu sekang kerana perkataan 'Barat' bermula dengan huruf besar)
=> kedua (tidak perlu sekang kerana perkataan 'dua' bermula dengan huruf kecil)
=> ke-2 (perlu sekang kerana '2' berbentuk nombor)
* Penggunaan kata majmuk serta penggunaan tanda sekang sering diperhatikan oleh pemeriksa kertas soalan SPM dan PMR. Oleh itu, calon PMR dan SPM perlulah mahir dan menyifarkan kesalahan penggunaan kata majmuk dan kesalahan penggunaan tanda sekang.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment