=> Saya mempunyai seekor kucing. Ia berwarna hitam.
=> Kambing itu terkejut apabila ia disiram dengan air.
=> Adik saya mempunyai sebuah komputer. Ia berharga RM 3, 690.
Sebenarnya, ayat-ayat di atas kurang tepat dan tidak gramatis. Hal ini demikian kerana:
=> kata ganti diri hanya digunakan untuk manusia; dan
=> ia merupakan singkatan kata ganti diri dia
Oleh itu, penggunaan ia adalah sama seperti penggunaan dia. Lihat contoh-contoh ayat di bawah:
=> Saya mempunyai seekor kucing. Dia berwarna hitam.
=> Kambing itu terkejut apabila dia disiram dengan air.
=> Adik saya mempunyai sebuah komputer. Dia berharga RM 3, 690.
Bukankah ayat-ayat di atas berbunyi pelik? Oleh itu, jangan gunakan kata ganti diri ia untuk objek atau perkara lain selain manusia.
Sepatutnya,
=> Saya mempunyai seekor kucing. Kucing saya berwarna hitam.
=> Kambing itu terkejut apabila disiram dengan air.
=> Adik saya mempunyai sebuah komputer. Komputernya berharga RM 3, 690.
Selamat mencuba!
sangat membantu
ReplyDeleteOwhhh... Kdg2 belajar dlu mcm ia boleh digunakan dlm ayat.. info sangat berguna..
ReplyDeleteIni berbeza dari laman DBP.
ReplyDeletePembetulan. Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.
ReplyDelete