Hingga=> Digunakan untuk menggambarkan masa atau peringkat.
Sehingga=> Digunakan untuk mengambarkan pencapaian sesuatu keadaan.
Contoh ayat:
Ayah saya bekerja hingga petang.
(Petang=> Masa)
Abang saya berjaya melanjutkan pelajarannya hingga menara gading.
(Menara gading=> Peringkat)
Amran berusaha sehingga menjadi johan.
(Menjadi johan=> Pencapaian keadaan)
=> Penggunaan hingga dan sehingga tidak boleh dituruti dengan kata sendi nama yang lain seperti
'ke', 'kepada' dan seumpamanya.
Contoh:
Salah:
Ayah saya bekerja hingga ke pagi.
Abang saya berjaya melanjutkan pelajarannya hingga ke menara gading.
Betul:
Ayah saya bekerja hingga pagi.
Abang saya berjaya melanjutkan pelajarannya hingga menara gading.
Selamat mencuba!
Terima kasih! :-)
ReplyDeleteBaguzz! Selama saya ada terdengar orang kata perkataan 'hingga' boleh diikuti dengan 'ke', ada yang kata tak boleh. Saya amat keliru, tetapi selepas membaca penjelasan anda, saya menjadi lebih yakin. Sekian terima kasih;)
ReplyDeleteTerimaaa kasih ..
ReplyDeleteIanya sngat membantu saya
Terima kasih.. Amat membantu
ReplyDeleteBukan kh "Abang saya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga menara gading " turut betul?Sebab menara gading itu kan percapaian.Kalau saya tengok,hingga macam yang salah dan sehingga yang betul.Korang rasa camana
ReplyDeleteKan
Delete