"Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya
gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas
Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan
remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan."
"Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan
negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata
pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara."
"Dalam menempuh arus globalisasi ini, ibu bapa semakin
alpa (lupa) terhadap tanggungjawab mereka kerana mereka terlalu obses(asyik)
mengejar arus modenisasi."
"Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan
oleh banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku."
Mungkin ada di antara anda yang menimbulkan persoalan,
'Lah...dah cukuplah dengan jutaan formula yang perlu kami ingat dalam Fizik,
Kimia,Matematik dan mata pelajaran yang lain, takkan Bahasa Melayu pun saya
perlu lakukan perkara tersebut...'
Tetapi, percaya atau tidak, anda boleh gunakan frasa-frasa
yang saya berikan di atas hampir untuk semua soalan karangan yang berbentuk
umum. Contohnya, 'usaha-usaha kerajaan dalam mengatasi masalah meruntuhan
akhlak remaja', 'kesan-kesan masalah sosial dalam kalangan remaja', 'punca-punca
keruntuhan institusi kekeluargaan' dan lain-lain. Oleh itu, takkan anda tidak
sanggup menghafal frasa-frasa di atas untuk membina karangan yang lebih baik
dalam Bahasa Melayu?
Seterusnya, anda boleh melakukan sedikit 'ciptaan' demi
memperkukuh mesej yang anda cuba sampaikan. Cipta statistik dengan satu pihak
atau badan yang benar-benar berkait rapat dengan isu yang anda sedang
bincangkan. Kita tidak berniat untuk menipu, cuma kita menunjukkan satu
kebenaran melalui 'nombor-nombor' yang ditunjukkan melalui statistik.
Antara badan umum yang anda boleh gunakan untuk mencipta
statistik ialah:
~ Institut Sosial Malaysia (untuk isu-isu sosial)
~ Polis DiRaja Malaysia (untuk masalah jenayah)
Misalnya: "Menurut statistik Institut Sosial Malaysia,
masalah penceraian dalam kalangan suami dan isteri yang berumur 30 tahun dan ke
bawah meningkat pada setiap tahun."
Mudah bukan? Anda mungkin mengganggap perkara ini sebagai
bahagian yang tidak penting dalam sebuah pendahuluan. Namun begitu, 'kehadirannya'
dalam karangan anda mampu membawa impak yang besar.
Ayat-ayat rangsangan juga wajar dimasukkan ke dalam karangan
anda. Apakah maksud ayat rangsangan (AR)? AR merupakan jenis ayat yang
benar-benar membawa pembaca ke dalam 'alam karangan' anda. AR ini bukanlah ayat
'boombastik', tetapi AR ialah ayat yang meningkatkan semangat pembaca untuk
terus membaca karangan anda.
Umpamanya: '...Walau bagaimanapun, segala usaha kerajaan
dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja hanya seperti melukut di
tepi gantang kerana kesan sebenarnya tidak dapat dilihat sehingga hari ini.'
Ayat ini mungkin nampak biasa kerana ayat tersebut tidak
disertai dengan ayat rangsangan yang lain. Jika AR ditulis dalam sebuah
perenggan pendahuluan, impak yang dibawanya menjadi luar biasa.
Contoh pendahuluan lengkap:
Tajuk: Punca-punca masalah pembuangan bayi
"Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya
gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas
Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan
remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Remaja
pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan
merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Malangnya, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan
sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam
kalangan remaja ialah masalah pembuangan bayi. Malah, menurut statistik Polis
DiRaja Malaysia, kes pembuangan bayi menunjukkan peningkatkan pada tahun 2011
berbanding dengan tahun 2010. Pelbagai usaha kerajaan mahu pun badan-badan
bukan kerajaan dalam menyifarkan masalah pembuangan bayi di negara ini hanya
seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat secara
signifikan sehingga hari ini. Hakikatnya, kita perlu mengkaji punca masalah pembuangan
bayi jika hendak mengatasinya.
Begitulah cara untuk membina pendahuluan yang mantap untuk
membina sebuah karangan yang sempurna.
Terimakasih post ni sangat bermakna untuk seorang pelajar :)
ReplyDeletebukan hanya karangn tetapi blog anda jua begitu :)
ReplyDeleteTHANKS . SAYA DAH TAHU CARA MEMBUAT PENDAHULUAN UNTUK LISAN SAYA
ReplyDeleteTHANKS . SAYA DAH TAHU CARA MEMBUAT PENDAHULUAN UNTUK LISAN SAYA
ReplyDeletetq ..mntap untuk pljar yg x bgus sgt cam aku ni..hehehe
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. izinkan saya berkongsi dengan pelajar saya juga ye. terima kasih.
ReplyDelete