Wednesday 12 September 2012

Tatabahasa: Hukum DM

Sungguh mudah untuk kita berkongsi ilmu melalui alam maya ini.

Saya pasti setiap pelajar atau individu yang sedang membaca blog ini pernah mendengar Hukum DM. Namun begitu, pernahkah anda memahami hukum atau peraturan tersebut?

Saya akan menjelaskan peraturan bahasa yang amat penting ini secara terperinci dengan contoh-contoh yang mudah.

Bahasa Malaysia yang mematuhi Hukum DM atau hukum 'Diterang-Menerang' berbeza dengan Bahasa Inggeris yang mematuhi Hukum MD atau hukum 'Menerang-Diterang'. Oleh itu, kebanyakan perkataan, atau frasa dalam Bahasa Malaysia ditulis secara songsang jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris.

Contoh: Banana plant => Pokok pisang
              Big television => Televisyen besar 

Baiklah, apakah maksud sebenar Hukum DM?

Hukum DM mewajibkan setiap perkataan yang hadir secara berpasangan atau frasa perlu diterangkan terlebih dahulu sebelum menerangkan perkataan atau frasa tersebut. Dengan kata lain, perkataan yang hadir di belakang perlu menerangkan perkataan yang hadir sebelumnya.

Contoh:

Pisang emas atau emas pisang?
Melalui perkataan di atas, kita ingin menerangkan jenis pisang. 

Tentang apakah yang ingin diterangkan?
Pisang

Apakah yang ingin kita menerangkan tentang pisang tersebut?
Jenis Emas

Oleh itu, pisang emas menepati hukum DM.
*Perkataan di belakang (emas) menerangkan perkataan yang hadir sebelumnya (jenis pisang).
    
 Sos cili atau cili sos?
 Melalui perkataan di atas, kita ingin menerangkan jenis sos. 

Tentang apakah yang ingin diterangkan?
Sos

Apakah yang ingin kita menerangkan tentang sos tersebut?
Jenis cili

Oleh itu, sos cili menepati hukum DM.
*Perkataan di belakang (cili) menerangkan perkataan yang hadir sebelumnya (perisa/jenis sos). 


Kedai Kopi Salmah atau Kopi Kedai Salmah atau Salmah kedai kopi atau Salmah kopi kedai?
Melalui perkataan di atas, kita ingin menerangkan nama dan jenis kedai. 

Frasa pertama 
Kedai kopi atau kopi kedai?
Melalui perkataan di atas, kita ingin menerangkan jenis kedai. 
Tentang apakah yang ingin diterangkan?
Kedai

Apakah yang ingin kita menerangkan tentang kedai tersebut?
Kedai kopi

Oleh itu, kedai kopi menepati hukum DM.
 *Perkataan di belakang (kopi) menerangkan perkataan yang hadir sebelumnya (jenis kedai).
 
Kedai Kopi Salmah atau Salmah Kedai Kopi?
Melalui perkataan di atas, kita ingin menerangkan nama kedai. 

Tentang apakah yang ingin diterangkan?
Kedai kopi


Apakah yang ingin kita menerangkan tentang kedai tersebut?
Nama kedai kopi tersebut, iaitu Salmah.

Oleh itu, Kedai Kopi Salmah menepati hukum DM.
*Perkataan di belakang (Salmah) menerangkan perkataan yang hadir sebelumnya (nama Kedai Kopi). 


Selamat mencuba!


 





           


No comments:

Post a Comment