Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai
cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian membimbangkan
masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia. Isu yang semakin
berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu,
pendedahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menunjukkan bahawa
golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan manusia. Hal ini
sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negatif
yang lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia
sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan.
Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sebanyak dua puluh tujuh sindiket
pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan
sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut
telah menyelamatkan ratusan individu yang menjadi mangsa mereka. Keadaan ini
jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia sememangnya semakin
serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah pemerdagangan
manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah
tersebut.
Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur
rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani.
Sindiket pemerdagangan manusia sering memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan
yang mudah dirasuah untuk memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka.
Misalnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan
mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya
dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada
mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri
bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari
individu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang
tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat menyedihkan
kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan
manusia bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.
Maka, jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawai-pegawai
kerajaan yang berkorupsi.
Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara
jiran turut menjadi faktor jenayah pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang
miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara
yang mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk bekerja di negara jiran yang lebih
kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat pihak-pihak
tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan
janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih
baik. Malangnya, selepas individu-individu tersebut dibawa ke luar negara,
mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa.
Situasi ini terbukti berlaku apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM
menunjukkan hampir kesemua individu yang
berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam
dan Laos. Keadaan ini membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara
serantau turut menjadi faktor wujudnya jenayah pemerdagangan manusia.
Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat
terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyebabkan jenayah
tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah
tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan.
Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. Umpamaanya,
terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat
sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Keengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan
situasi seperti ini berlaku. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat
mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia
di kawasan tempat tinggal mereka. Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap
seorang lelaki di sebuah rumah bersama tiga puluh orang wanita warganegara
Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan lanjut mendapati lelaki
itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun yang lalu dan
menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu.
Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket
tersebut terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang kurang peka
terhadap situasi di sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan
sindiketnya selama separuh dekad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat
yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus
melarat.
Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia
sememangnya sukar diatasi. Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan
undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang
sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani.
Kejayaan Akta dadah Berbahaya dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada
tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama
demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Hukuman penjara sahaja tidak
memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman
mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran
kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan
mekanisme yang tepat untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan pegawai
kerajaan. Jika kes rasuah dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang
menjadi lebih berkesan sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia.
Seterusnya,
pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk mengurangkan jurang
ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun 2015 patut dizahirkan
kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah merentasi sempadan
apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan
sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak, keperluan
rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. Secara
tidak langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia.
Selain itu,
masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang
mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan
kawasan tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan
manusia. Contohnya, Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan
pelbagai langkah untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan
mereka. Masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan jenayah pemerdagangan
manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka akan dirahsiakan. Maka,
sekiranya rakyat Malaysia bersikap proaktif, pasti jenayah pemerdagangan
manusia mampu diatasi dengan mudah.
Tuntasnya,
sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia
dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut.
Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika
pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah
pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.
Tq
ReplyDeleteT
ReplyDeleteminta izin share bagi rujukan tq.
ReplyDeleteterima kasih ye. semoga hidup diberkati oleh Allah. :)
ReplyDeleteYeay!!!!!!
ReplyDeleteTq..its complete
ReplyDeleteHello viewers all over the world, There is good news for you all today get your Blank ATM card that works in all ATM machines all over the world. We have specially programmed ATM cards that can be used to hack ATM machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at stores and POS. We give out this cards to all interested clients worldwide, We give out THE Blank ATM Card. Do you want to live a good life thought its illegal, its the easiest way to be a millionaire. it also has a technique that makes it impossible for the CCTV to detect you and you can only withdraw a total amount of $5,000 Dollars in a day on ATM Machine also avaialbel at cash delivery. We give up to $10,000.00 to $1,000,000.00 Dollars With our network hacking services. We can Recover all your lost money to Bitcoin and other Crypto currency, mortgage/realestate scams and fake ICOs within 48 hours or less. (Thomas Freddie Hackers) working together as a team to track down & to recover funds back from the most difficult internet SCAMMERS. NOTE!! We've received countless heartbreaking reports of notorious scammers and we’ve successful recovery them back via thomasunlimitedhackers@gmail.com
ReplyDeleteDo contact us on ((Binary Recovery. University Grades.Wiping Criminal Records, FB & IG Hack, Telegram, Loads & Phone Hacking)) border us with your jobs & allow us give you positive result with our hacking skills. We are certified and your privacy is 100% safe with us. Worry no more about your financial problems, If you are in need of any other cyber hack services, we are here for you anytime, any day so contact us via our Email Address: thomasunlimitedhackers@gmail.com
Regards
THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS
Email thomasunlimitedhackers@gmail.com
Call/Text: +1 (985)465-8370
Motto: We offer the fastest and reliable services