Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu persoalan yang sering menjadi topik perbualan masyarakat pada hari ini, iaitu ciri-ciri sebenar remaja gemilang. Mantan presiden Indonesia, Seokarno pernah berkata, "berikan saya sepuluh orang belia waja, nescaya saya akan gegarkan dunia ini". Kata-kata beliau jelas membuktikan bahawa remaja yang merupakan insan kerdil ciptaan Tuhan mampu melakukan anjakan paradigma terhadap masyarakat, negara dan dunia. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan giat melaksanakan pelbagai langkah demi membentuk remaja yang dapat memberi impak saujana terhadap negara pada masa hadapan. Tamsilnya, pihak kerajaan telah memperkenalkan program Rakan Muda yang bermatlamat untuk melahirkan remaja yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Lebih-lebih lagi, mereka turut menganjurkan Himpunan Jutaan Belia pada setiap tahun untuk menghimpunkan remaja dari seluruh negara dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti secara sihat. Setiap langkah ini dilaksanakan demi melahirkan remaja yang gemilang dengan ciri-ciri tertentu.
Pertama sekali, remaja gemilang merupakan remaja yang sentiasa menunjukkan ketaatan yang utuh terhadap negara. Tunas yang baru sahaja mengenali dunia ini dapat disifatkan sebagai individu yang cemerlang jika mereka sentiasa sudi memberi sumbangan kepada tanah air mereka. Remaja gemilang patut bergiat secara aktif dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa demi mengharumkan nama Malaysia. Umpamanya, remaja harus mencontohi Pandalela Rinong yang baru sahaja berumur 19 tahun tetapi telah berjaya meraih satu pingat gangsa dalam Sukan Olimpik yang lalu sekali gus menyebabkan Malaysia mendapat tumpuan masyarakat di seluruh dunia. Pada masa yang sama, remaja perlu mengelakkan diri daripada kegiatan yang mampu menjejaskan keharmonian negara. Mereka tidak patut menjadi duri dalam daging sehingga mudah dipengaruhi oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka. Contohnya, remaja seharusnya tidak terlibat dengan perhimpunan haram yang jelas memburukkan negara pada pandangan mata dunia. Maka, remaja yang sentiasa sudi memberi sumbangan kepada negara serta tidak melakukan onarlah yang dikatakan sebagai remaja gemilang yang taat kepada negara.
Di samping itu, remaja gemilang juga merupakan golongan muda yang mempunyai jati diri. Hakikatnya, remaja kini sering terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Contohnya, gejala pembuangan bayi, vandalisme dan gangsterisme semakin berleluasa dalam kalangan golongan muda malah berada pada tahap kritikal. Keadaan ini bertambah keruh apabila remaja mudah dipengaruhi dengan budaya kuning dan semakin melupakan budaya timur. Sebagai contoh, cara berpakaian dan pertuturan harian golongan muda kini bersifat 'kebaratan'. Namun begitu, jika remaja berjati diri, sudah tentu mereka sentiasa sanggup mempertahankan budaya timur yang sememangnya kaya dengan pelbagai amalan yang luhur. Misalnya, masyarakat Timur amat menekankan amalan menghormati orang yang lebih tua, cara berpakaian secara bersopan serta pertuturan yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Secara tidak langsung, remaja akan berdisiplin dan tidak terlibat dengan kegiatan negatif. Maka, golongan remaja inilah yang dikatakan sebagai gemilang.
Selain itu, sebagai golongan rakyat yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan, remaja gemilang harus mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Hal ini demikian kerana tanpa semangat untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu, remaja tidak akan dapat memajukan diri dan negara. Tamsilnya, remaja mestilah melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan serta berani untuk menerokai sesuatu bidang yang baharu. Remaja patut mencontohi individu-individu yang berjaya dalam hidup mereka pada usia yang muda. Umpamanya, seorang pelajar berumur 16 tahun di Nepal telah berjaya mencipta sebuah alat yang dapat menghasilkan kuasa elektrik daripada rambut. Kisah kejayaannya mendapat perhatian seluruh dunia sehingga dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat. Individu seperti inilah yang dikatakan sebagai remaja gemilang. Walau bagaimanapun, remaja haruslah berfikir secara rasional dan mengelakkan perkara-perkara yang mampu memudaratkan diri mereka dan orang lain. Secara ringkas, semangat inkuiri yang dimiliki oleh remaja mestilah digunakan secara positif untuk pembangunan masyarakat. Situasi ini sudah tentu melahirkan remaja gemilang yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Seterusnya, kita perlu sedar dan ingat bahawa remaja gemilang juga perlu mempunyai ilmu keagamaan yang lengkap dalam diri mereka. Golongan muda tidak patut bersikap materialistik tetapi haruslah mengamalkan amalan harian yang selari dengan pegangan agama mereka. Seseorang remaja masih akan dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat walaupun dia berjaya dalam hidup tetapi tidak mempercayai kewujudan Tuhan sehingga sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Contohnya, remaja yang cemerlang dalam akademik dan aktif dalam sukan akan tetap dicela jika tidak menunaikan kewajipannya sebagai seorang penganut agama tertentu. Oleh sebab itu, remaja gemilang perlu sentiasa berpegang kepada ajaran agamanya. Misalnya, sebagai seorang penganut agama Islam, remaja harus menunaikan solat lima kali pada setiap hari. Setiap penganut agama Buddha dan Hindu pula perlu mempercayai hukum karma yang menekankan bahawa setiap tindakan manusia pasti ada balasannya. Keadaan ini seterusnya akan melahirkan remaja yang sentiasa mempunyai satu pegangan hidup yang kukuh.
Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai ciri remaja gemilang. Oleh itu, pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengenal pasti dan melaksanakan langkah-langkah yang dapat membantu remaja membina keperibadian diri mereka secara positif dan holistik. Kita perlu sentiasa ingat bahawa masa hadapan Malaysia terletak pada tangan remaja. Malah, gambaran masa hadapan negara dapat dilihat melalui remaja pada hari ini. Maka, remaja gemilang sememangnya mustahak jika kita mahu melihat Malaysia terus membangun dan mencapai status negara maju. Sekiranya remaja gemilang dapat dibentuk, sudah tentu negara kita yang tercinta dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat sekali gus menzahirkan Wawasan 2020.
Wednesday, 14 November 2012
Wednesday, 31 October 2012
Contoh Karangan SPM: Keburukan Penggunaan Kenderaan Bermotor
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu persoalan yang sering menjadi perbualan masyarakat di seluruh dunia, iaitu implikasi sebenar penggunaan kenderaan bermotor. Kenderaan bermotor mula digunakan secara komersial sejak awal tahun 1990-an terutamanya di benua Eropah. Perkembangan industri automotif yang berlaku seiring dengan Revolusi Perindustrian telah menyebabkan kenderaan bermotor seperti kereta, kapal terbang, kapal berkuasa wap dan kereta api digunakan di seantero dunia. Kini, kenderaan bermotor menjadi salah satu keperluan masyarakat, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Kesannya, penggunaan kenderaan bermotor semakin meningkat secara mendadak pada setiap hari. Malah, menurut Statistik Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, hampir sepuluh ribu kenderaan bermotor yang baru telah didaftarkan di seluruh negara kita sepanjang tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini. Sememangnya benar bahawa situasi ini menunjukkan taraf hidup masyarakat Malaysia semakin meningkat. Namun begitu, hakikatnya, kita tidak sedar bahawa peningkatan penggunaan kenderaan bermotor menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada kehidupan seharian.
Pertama sekali, penggunaan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hal ini demikian kerana bahan fosil yang digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan bermotor melepaskan pelbagai bahan pencemar alam sekitar. Misalnya, kereta dan motosikal telah disenarai sebagai punca utama pencemaran udara kerana melepaskan asap yang mengandungi pelbagai bahan pencemar berbahaya seperti karbon monoksida, nikotin, karbon dioksida dan nitrogen oksida. Akibatnya, udara yang segar dan bebas daripada pencemaran semakin kotor. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada manusia. Umpamanya, kandungan karbon monoksida yang tinggi dalam udara akan mengganggu sistem respiratori kita sehingga menyebabkan kematian dalam jangka masa yang panjang. Maka, terbuktilah bahawa secara tidak langsung, penggunaan kenderaan bermotor membawa masalah yang rumit terhadap alam sekitar dan hidup kita.
Selain itu, peningkatan penggunaan kenderaan bermotor akan turut menyebabkan bekalan bahan fosil semakin berkurang. Kita semua sedia maklum bahawa petroleum dan diesel merupakan bahan api utama kenderaan bermotor. Walaupun terdapat pelbagai jalan alternatif seperti kenderaan berkuasa elektrik dan pengangkutan awam, tetapi kebanyakan daripada kita masih memilih kenderaan persendirian sebagai pengangkutan harian yang utama. Kesannya, kini, bekalan petroleum dan diesel yang merupakan antara sumber bumi yang tidak boleh diperbaharui dijangka habis menjelang tahun 2050. Hal ini amat membimbangkan kerana jika bekalan bahan fosil tersebut habis, pelbagai indsutri yang amat bergantung terhadap penggunaan kenderaan bermotor akan lumpuh. Contohnya, industri pelancongan, industri perikanan dan kegiatan perdagangan tidak akan dapat dijalankan sama sekali. Keadaan ini sesungguhnya menunjukkan bahawa tahap kebergantungan kita yang tinggi terhadap kenderaan bermotor yang menggunakan sumber yang tidak boleh diperbaharui sebagai bahan api akan mengganggu ekonomi di seluruh dunia.
Di samping itu, kenderaan bermotor yang digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat Malaysia juga menyebabkan timbulnya pelbagai gejala sosial yang serius. Golongan muda sememangnya berdarah panas dan sentiasa mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka ingin mencuba perkara-perkara yang baru tanpa memikirkan impaknya terhadap diri mereka dan orang lain. Kini, insan kerdil ciptaan Tuhan ini sering menjadikan kenderaan bermotor sebagai 'alat mainan' bersama rakan-rakan mereka. Tamsilnya, kita dapat lihat puluhan remaja terlibat dengan perlumbaan motosikal dan kereta secara haram terutamanya di ibu negara. Lebih menyedihkan lagi apabila situasi ini menyebabkan nyawa tunas yang baru sahaja mengenali dunia melayang secara sia-sia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa berlumba. Walaupun kita boleh menyalahkan ibu bapa, pihak kerajaan atau diri remaja itu sendiri sebagai punca utama berlakunya gejala ini, tetapi jika diteliti, kewujudan kenderaan bermotorlah yang sebenarnya membawa kepada keadaan tersebut. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa secara tidak langsung, kenderaan bermotor seperti kereta dan motosikal memangkin keruntuhan akhlak manusia.
Seterusnya, kos sara hidup kita turut meningkat akibat menggunakan kenderaan bermotor. Kos pembelian kereta, van dan motorsikal kini sangat tinggi malah mencecah puluhan ribu ringgit. Kos tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Pada setiap tahun, kita perlu memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk kos bahan api dan kos penyelenggaraan kenderaan kita. Malah, secara anggaran, kita harus membelanjakan hampir RM 10, 000 setahun untuk kenderaan persendirian. Keadaan ini ditambah pula dengan kewujudan pihak yang sengaja mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tinggi untuk membaiki sesuatu kerosakan kenderaan bermotor. Umpamanya, pihak pengusaha kedai membaiki kereta sengaja menaikkan harga tayar semasa musim perayaan untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Kesannya, kita terpaksa menghadapi perbelanjaan yang tidak tentu dan boleh berubah pada bila-bila masa secara mendadak.
Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai kesan buruk penggunaan kenderaan bermotor. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk mencari jalan alternatif demi menggantikan penggunaan kenderaan bermotor. Pada masa yang sama, pihak yang menguruskan pengangkutan awam harus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan meminimumkan pemilikan kenderaan persendirian. Pihak sekolah dan ibu bapa pula mestilah mendidik anak-anak yang masih muda tentang keburukan menggunakan kenderaan bermotor sejak mereka kecil lagi kerana sesungguhnya melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita berjaya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor seperti di negara Jepun dan Singapura, tidak mustahil kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka dan seterusnya menzahirkan Wawasan 2020.

Monday, 8 October 2012
Tatabahasa: Penggunaan 'Ianya'
Kata ganti diri merupakan perkataan yang digunakan untuk 'menggantikan' diri. Misalnya, nama atau gelaran seseorang digantikan dengan perkataan tertentu seperti 'saya', 'kamu' dan 'dia'.
Kata ganti diri 'Ia' merupakan kata ganti diri pertama dan penggunaannya adalah sama seperti 'dia' kerana 'ia' merupakan singkatan kepada kata ganti diri 'dia'.
'-nya' pula merupakan singkatan 'dia' yang digunakan pada bahagian akhir perkataan. Sebenarnya, penggunaan 'Ianya' dalam Bahasa Malaysia adalah salah kerana perkataan sama maksud diulang sebanyak dua kali.
Penggunaan 'ianya' adalah sama seperti menggunakan 'akuku', iaitu menggabungkan kata ganti diri 'aku' dengan '-ku'. Maka, elakkan daripada menggunakan perkataan 'ianya'!!!
Selamat mencuba!

Tatabahasa: Keruh atau Keroh?
Bahasa Malaysia merupakan satu bahasa yang sangat indah. Salah satu keunikan Bahasa Malaysia ialah kewujudan perkataan dengan ejaan yang seakan-akan sama.
Salah satu contoh perkataan yang mempunyai ejaan hampir sama ialah keruh dan keroh.
Hakikatnya, perkataan keroh bukanlah perkataan Bahasa Melayu klasik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak tetapi masih digunakan dalam Bahasa Malaysia.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
Keruh=> Tidak jernih, tidak cerah atau tidak menyenangkan.
Contoh ayat: Air sungai itu sangat keruh.
Keroh=> tidak jujur, curang.
Contoh ayat: Keretakan rumah tangga Datuk Abu berlaku akibat sikap keroh isterinya.
Oleh itu, cuba anda fahami contoh ayat berikut dan tentukan sama ada ayat tersebut betul atau sebaliknya.
Keadaan Sungai Gombak yang amat keroh itu berpunca daripada sikap warga kota yang membuang sampah ke dalam sungai tersebut.
Nota: Sungai tidak boleh berlaku curang. Oleh itu, ayat di atas salah. Keruh merupakan perkataan yang paptut digunakan dalam ayat di atas.
Selamat mencuba!!!

Wednesday, 3 October 2012
Contoh Karangan PMR: Kesan-kesan buruk laman sesawang sosial
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian meruncing dalam rakyat Malaysia, iaitu ketagihan terhadap laman sesawang sosial. Menurut kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), secara purata, seorang rakyat Malaysia kini mempunyai 3 akaun laman sosial Facebook. Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia didapati mempunyai rakan Facebook teramai jika dibandingkan dengan pengguna-pengguna laman sosial itu di negara-negara yang lain. Bukan itu sahaja, malah menurut kajian yang sama, seorang rakyat di negara ini meluangkan masa selama sembilan jam dalam tempoh seminggu untuk melayari laman-laman sosial. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa 'ketagihan' rakyat Malaysia terhadap laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter semakin serius malah membimbangkan. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kesan buruk laman sesawang sosial.
Pertama sekali, laman sesawang sosial akan menyebabkan pembaziran berlaku. Wang mengalir dengan begitu mudah apabila kita menggunakan laman sesawang sosial. Misalnya, kita terpaksa membayar bil internet dan bil elektrik yang lebih tinggi kerana menggunakan perkhidmatan tersebut untuk melayari alam maya yang kita gemari. Lebih menyedihkan lagi apabila masa kita yang amat berharga turut terbazir begitu sahaja di hadapan kaca komputer. Sekiranya hasil kajian SKMM mengenai jumlah jam yang diluangkan oleh seorang rakyat Malaysia untuk melayari laman-laman sosial adalah tepat, maka kita sedang membuang hampir 80 minit pada setiap hari. Ungkapan masa itu emas semakin dilupakan oleh rakyat Malaysia akibat terlalu fanatik dengan dunia maya. Secara tidak langsung, rakyat Malaysia yang berhemat dan bijak menggunakan masa semakin 'hilang ditelan zaman'.
Di samping itu, laman sesawang sosial juga menyebabkan pelbagai gejala negatif berlaku. Hakikatnya, laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu bentuk penjajahan minda yang menyasarkan golongan muda. Insan kerdil ciptaan Tuhan ini sepatutnya berusaha melakukan anjakan paradigma terhadap negara. Malangnya, pengaruh internet, terutamanya laman sesawang sosial telah menjejaskan kekuatan mental remaja. Umpamanya, menerusi Facebook, golongan muda, khasnya perempuan gemar menyebarkan gambar-gambar diri mereka yang mencolok mata demi mendapatkan jumlah 'like' yang tinggi. Ugutan serta kegiatan buli turut sering dilakukan oleh remaja menerusi laman-laman sosial kerana mereka menganggap perbuatan tersebut tidak menyalahi undang-undang negara. Namun begitu, tanpa disedari oleh mereka, 'mangsa' mereka akan terganggu secara emosi sehingga melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti bunuh diri.
Maka, impak laman sesawang sosial terhadap penggunanya, terutamanya remaja sungguh tinggi dan mampu membawa kemudaratan yang amat buruk.
Selain itu, negara turut menerima kesan buruk yang langsung akibat pengaruh laman sesawang sosial. Terdapat insiden-insiden yang telah menjejaskan keamanan negara kerana laman sosial. Misalnya, penganjur perhimpunan haram pada awal tahun ini telah menggunakan blog dan Facebook untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai penganjuran aktiviti tersebut. Kesannya, ibu negara telah huru-hara selama hampir setengah hari. Peristiwa tersebut berulang pada malam menjelang sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-55 apabila pihak yang sama menggunakan Facebook sebagai wahana untuk mengajak rakyat Malaysia berhimpun secara haram di Dataran Merdeka. Situasi ini telah mencemarkan nama baik negara kita yang telah lama diukir sejak tahun 1957. Keadaan ini sesungguhnya membuktikan bahawa pengaruh laman sesawang sosial turut menjejaskan keamanan negara.
Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai kesan buruk laman sesawang sosial. Oleh itu, pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa perlu berganding bahu dan melaksanakan langkah-langkah bersepadu untuk mendidik anak-anak muda supaya menggunakan laman sesawang sosial secara bijak. Jika laman sesawang sosial dimanfaatkan oleh golongan muda secara maksimum, pasti dunia maya itu tidak akan menyebabkan pengaruh negatif dalam kalangan mereka. Maka, tidak mustahil laman sesawang sosial mampu menjadi salah satu faktor pemangkin pembangunan negara sekali gus membantu dalam mencapai Wawasan 2020 dengan melahirkan rakyat Malaysia yang celik teknologi maklumat.

Monday, 24 September 2012
Contoh Karangan PMR: Implikasi Penggunaan Telefon Bimbit dalam kalangan Murid di Sekolah
Era digital ini, penggunaan telefon bimbit
dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Menurut
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, secara purata, seorang
rakyat Malaysia kini memiliki dua buah telefon bimbit. Statistik tersebut jelas
menunjukkan bahawa telefon bimbit sememangnya menjadi satu keperluan dalam
kehidupan kita. Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan
kebenaran kepada pelajar sekolah untuk membawa telefon bimbit ke sekolah mulai
tahun hadapan. Pengumuman tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan
ibu bapa dan guru. Hal ini demikian kerana terdapat implikasi-implikasi negatif
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah.
Pertama
sekali, pembawaan telefon bimbit ke sekolah akan meningkatkan kes kecurian di
sekolah. Pelajar-pelajar sekolah sering menjadikan telefon bimbit sebagai lambang
status diri mereka. Oleh itu, kebanyakan pelajar suka membeli telefon bimbit
yang berharga tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang panjang
tangan dan mengambil kesempatan ini untuk menjalankan ‘operasi’ mereka. Lebih
membimbangkan lagi apabila terdapat pelajar yang sanggup mengugut dan merompak
pelajar-pelajar yang lebih muda daripada mereka. Keadaan ini akan meningkatkan
kes buli dan seterusnya membebankan guru-guru disiplin.
Selain
itu, pembelajaran di dalam kelas juga akan terganggu jika pelajar dibenarkan
membawa telefon bimbit ke sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar kni sering
gemar menghantar pesanan melalui sistem pesanan ringkas malah ‘berbual’ dengan
rakan-rakan mereka secara maya. Keadaan ini bertambah buruk apabila telefon
bimbit dijadikan sebagai alat untuk meniru semasa peperiksaan. Pelajar akan bertukar
jawapan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sesama rakan-rakan mereka.
Lebih-lebih lagi, nota-nota ringkas boleh disimpan dalam bentuk gambar dalam
telefon bimbit dan digunakan untuk meniru semasa peperiksaan. Maka, pembelajaran
melalui sistem peperiksaan hanya sia-sia jika pelajar dibenarkan untuk membawa
telefon bimbit ke sekolah.
Di samping itu,
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah juga boleh
menyebabkan mereka menyalahgunakannya untuk tujuan tidak berfaedah.
Kepelbagaian teknologi telefon bimbit akan menyebabkan tunas-tunas yang baru
sahaja mengenali dunia ini mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Contohnya,
pelajar-pelajar boleh memuat turun gambar-gambar lucah dan menyebarkannya dalam
kalangan rakan-rakan mereka dengan hanya menekan beberapa butang. Bukan itu
sahaja, malah sistem pesanan ringkas berantai pula akan memudahkan kegiatan
gangsterisme dalam kalangan murid-murid sekolah. Keadaan ini seterusnya akan
membantutkan usaha pelbagai pihak untuk melahirkan modal insan cemerlang untuk
negara.
Intihanya,
sememangnya terdapat pelbagai implikasi penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan murid di sekolah. Oleh itu, pihak kerajaan harus menitikberatkan
langkah membenarkan pembawaan telefon bimbit ke sekolah kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunaya. Persepsi ibu bapa dan guru perlu
diutamakan supaya kepputusan yang tepat dapat diambil dalam jangka masa yang
pendek.
Monday, 17 September 2012
Contoh Karangan SPM: Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai
cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian membimbangkan
masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia. Isu yang semakin
berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu,
pendedahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menunjukkan bahawa
golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan manusia. Hal ini
sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negatif
yang lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia
sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan.
Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sebanyak dua puluh tujuh sindiket
pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan
sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut
telah menyelamatkan ratusan individu yang menjadi mangsa mereka. Keadaan ini
jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia sememangnya semakin
serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah pemerdagangan
manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah
tersebut.
Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur
rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani.
Sindiket pemerdagangan manusia sering memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan
yang mudah dirasuah untuk memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka.
Misalnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan
mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya
dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada
mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri
bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari
individu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang
tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat menyedihkan
kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan
manusia bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.
Maka, jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawai-pegawai
kerajaan yang berkorupsi.
Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara
jiran turut menjadi faktor jenayah pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang
miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara
yang mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk bekerja di negara jiran yang lebih
kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat pihak-pihak
tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan
janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih
baik. Malangnya, selepas individu-individu tersebut dibawa ke luar negara,
mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa.
Situasi ini terbukti berlaku apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM
menunjukkan hampir kesemua individu yang
berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam
dan Laos. Keadaan ini membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara
serantau turut menjadi faktor wujudnya jenayah pemerdagangan manusia.
Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat
terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyebabkan jenayah
tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah
tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan.
Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. Umpamaanya,
terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat
sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Keengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan
situasi seperti ini berlaku. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat
mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia
di kawasan tempat tinggal mereka. Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap
seorang lelaki di sebuah rumah bersama tiga puluh orang wanita warganegara
Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan lanjut mendapati lelaki
itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun yang lalu dan
menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu.
Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket
tersebut terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang kurang peka
terhadap situasi di sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan
sindiketnya selama separuh dekad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat
yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus
melarat.
Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia
sememangnya sukar diatasi. Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan
undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang
sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani.
Kejayaan Akta dadah Berbahaya dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada
tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama
demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Hukuman penjara sahaja tidak
memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman
mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran
kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan
mekanisme yang tepat untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan pegawai
kerajaan. Jika kes rasuah dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang
menjadi lebih berkesan sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia.
Seterusnya,
pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk mengurangkan jurang
ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun 2015 patut dizahirkan
kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah merentasi sempadan
apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan
sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak, keperluan
rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. Secara
tidak langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia.
Selain itu,
masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang
mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan
kawasan tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan
manusia. Contohnya, Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan
pelbagai langkah untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan
mereka. Masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan jenayah pemerdagangan
manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka akan dirahsiakan. Maka,
sekiranya rakyat Malaysia bersikap proaktif, pasti jenayah pemerdagangan
manusia mampu diatasi dengan mudah.
Tuntasnya,
sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia
dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut.
Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika
pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah
pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)