Wednesday 30 May 2012

Tatabahasa: Imbuhan 'memper-'

Pelajar sering keliru dengan penggunaan dua atau tiga imbuhan dalam satu perkataan pada masa yang sama. Contoh:

Memperdalam atau memperdalamkan?
Memperluas atau memperluaskan?
Memperlebar atau memperlebarkan?
Mempersembah atau mempersembahkan?
Memperlekeh atau memperlekehkan?

Sebenarnya, mudah sahaja untuk mengetahui sama ada anda menggunakan imbuhan 'memper-' secara tepat atau sebaliknya. Imbuhan 'memper-' terdiri daripada dua imbuhan (mem- dan per-) dan digunakan untuk menggambarkan situasi yang lebih tinggi daripada keadaan sedia ada. Contoh:

Memperlebar=> Keadaan sedia ada yang sudah lebar dilebarkan lagi.
Pihak kerajaan sedang memperlebar lebuh raya persekutuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
(Lebuh raya persekutuan yang sedia ada lebar dilebarkan lagi).

Baik, adakah kedua-dua perkataan 'memperlebar' dan 'memperlebarkan' boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia? Jawapannya, tidak!

Undang-undang Bahasa Malaysia yang perlu anda patuhi ialah:
=> Kata adjektif tidak boleh menerima lebih daripada dua imbuhan.

Jadi, 'lebar' merupakan kata adjektif. Oleh itu, perkataan tersebut tidak boleh menerima lebih daripada dua imbuhan. Maka, perkataan 'memperlebarkan' adalah salah dalam Bahasa Malaysia kerana perkataan tersebut mempunyai tiga imbuhan (mem-, per-, -kan).

Memperdalam atau memperdalamkan?
Jawapan: Memperdalam (Dalam=> kata adjektif)

Memperluas atau memperluaskan?
Jawapan: Memperluas (Luas=> kata adjektif)

Memperlebar atau memperlebarkan?
Jawapan: Memperlebar (Lebar=> kata adjektif)

=>Kata kerja pula boleh menerima tiga imbuhan.

Mempersembah atau mempersembahkan?
Jawapan: Mempersembahkan (Sembah=> kata kerja)

Memperlekeh atau memperlekehkan?
Jawapan: Memperlekehkan (Lekeh=> kata kerja)

Selamat mencuba!

26 comments:

  1. Terima kasih..baru saya faham

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..baru saya faham

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Alhamdulillah dah faham.

    ReplyDelete
  4. Alahamdulillah,skrng sya dh fham,thnks

    ReplyDelete
  5. terima kasih banyak-banyak!!! this really helps

    ReplyDelete
  6. terima kasih...sama-sama ;)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semoga cikgu mendapat rezeki dariapada Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih. Sekarang baru saya faham😊

    ReplyDelete
  9. Tanggungjawab pula?
    Kalau 'dipertanggungjawabkan' boleh diterima?
    Harap reply, thanks

    ReplyDelete
  10. Ouh terima kasih saya dah faham

    ReplyDelete
  11. Kalau memper-... digunakan dengan kata kerja boleh tak?

    ReplyDelete
  12. Terima kasih banyak. Keterangan cikgu benar-benar menghilangkan kekeliruan saya tentang memper dan memper…kan.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih cikgu. Nota ini amat membantu saya

    ReplyDelete