Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'rempit' bermaksud menyebat atau menyesah dengan menggunakan objek yang panjang dan keras.
Contoh: Pak Samad merempit Abu dengan sebatang rotan kerana dia cuba mencuri lembunya.
Selain itu, perkataan 'rempit' juga digunakan sebagai gelaran untuk golonagn remaja yang tidak mematuhi peraturan di jalan raya.
Tahukah anda bahawa perkatan REMPIT merupakan akronim untuk 'Remaja Enggan Mematuhi Peraturan Isyarat Trafik'?
Namun begitu, akronim ini tidak disenararaikan sebagai salah satu perkatan Bahasa Melayu dalam Kamus DBP ke-4.
Thursday, 19 September 2013
Tuesday, 6 August 2013
Belajar Mengarang: Ayat-ayat menarik untuk pendahuluan
1) Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu persoalan yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia, iaitu...
2) Dunia yang diibaratkan berada di hujung jari ini semakin terancam dengan isu...
3) 31 Ogos yang bakal tiba menandakan kita telah menghirup nafas kemerdekaan selama ___ tahun. Malangnya, belia yang merupakan harapan bangsa Malaysia dan bakal tunjang negara dibelenggu dengan pelbagai kemelut sosial...
4) Salah satu mutiara sarjana berbunyi 'jika hendak melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini. Kata-kata ini membimbangkan kita kerana satu isu yang sungguh parah sedang menular dalam kalangan golongan muda di negara kita, iaitu...
5) Sejarah negara membuktikan bahawa bangsa Malaysia merupakan bangsa yang sanggup menggadaikan nyawa demi kemerdekaan negara kita. Pahlawan-pahlawan negara seperti Tok Janggut, Dol Said dan Dato' Maharaja Lela merupakan antara penduduk tempatan yang telah bangkit mempertahankan maruah tanah air. Namun begitu, sunggu menyedihkan apabila belia di negara kita sering melakukan onar sehingga menjejaskan keamanan negara.
Selamat mencuba!

Saturday, 30 March 2013
Mohon Ampun
Hamba ingin meminta maaf kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi ilmu melalui alam maya ini selama lebih 2 bulan. Hamba akan cuba untuk terus membantu setiap pelawat blog ini dengan menyampaikan pelbagai perkara baharu yang pasti menarik perhatian saudara serta saudari. Pastikan anda menyebarkan maklumat tentang blog ini kepada rakan-rakan anda supaya...
HIDANGAN YANG INGIN HAMBA SEDIAKAN MELALUI ALAM MAYA INI DAPAT DINIKMATI OLEH LEBIH RAMAI ORANG!!!
HIDANGAN YANG INGIN HAMBA SEDIAKAN MELALUI ALAM MAYA INI DAPAT DINIKMATI OLEH LEBIH RAMAI ORANG!!!
Tuesday, 29 January 2013
Tatabahasa: Institusi atau Institut?
Kita sering keliru apabila terdapat frasa yang melibatkan perkataan institut dan institusi. Sebenarnya, terdapat perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua perkataan tersebut.
Institusi: Badan atau organisasi yang melaksanakan sesuatu operasi, perkara atau mengetuai sesebuah tugas.
Contoh:
Institusi keluarga=> Secara tidak langsung, frasa ini bermaksud ibu bapa.
Institusi universiti=> Badan yang menguruskan universiti
Insititusi kewangan=> Badan yang menguruskan hal-hal kewangan; bank
Institut=> Merujuk kepada pertubuhan atau persatuan yang bertujuan untuk melaksanakan perkara tertentu seperti pendidikan, penyelidikan dan sebagainya.
Contoh:
Institut pendidikan tinggi=> 'Pertubuhan' pendidikan tinggi
Perkataan Institusi sering digunakan untuk perkara-perkara yang abstrak sementara perkataan Institut pula digunakan untuk perkara-perkara yang konkrit.

Thursday, 24 January 2013
Belajar Mengarang: Nombor atau Perkataan?
Pelajar sering keliru apabila mengemukakan fakta atau isu yang melibatkan nombor. Hal ini timbul apabila terdapat guru yang melarang penggunaan nombor dalam karangan dengan alasan "Skema pemarkahan tidak membenarkan penggunaan nombor dalam karangan."
Hakikatnya, skema pemarkahan tidak melarang pelajar menggunakan nombor dalam karangan. Namun begitu, pemeriksa kertas peperiksaan anda tidak melihat bahasa atau kemantapan ayat anda semata-mata, tetapi turut melihat tahap kemalasan anda.
Penggunaan nombor yang banyak dalam karangan akan menyebabkan pemeriksa menganggap anda malas dan kurang berminat untuk menulis karangan. Oleh sebab itulah, anda digalakkan menulis nombor dalam bentuk perkataan.
Walau bagaimanapun, jika anda merupakan seorang 'pakar' karangan yang sering menulis karangan sehingga saat-saat terakhir semasa peperiksaan, elakkan menulis nombor yang memerlukan anda menulis dengan lama. Namun begitu, janganlan terlampau malas sehingga menulis satu, dua atau tiga dalam bentuk nombor.
Saranan nombor yang patut anda tulis dalam bentuk perkataan:
- Satu hingga dua puluh
- Setiap nombor yang bermula dengan nombor selain sifar dan diikuti dengan digit sifar sahaja (tiga puluh, empat puluh, seratus, dua ratus, seribu, sembilan ribu, dua juta dan seterusnya)

Tuesday, 22 January 2013
Belajar Mengarang: Contoh Ungkapan Luar Biasa
1) "Berikan saya sepuluh orang belia, nescaya saya akan gegarkan dunia ini." Begitulah ungkapan yang pernah diluahkan oleh Seokarno, mantan presiden Indonesia. Kata-kata beliau jelas membuktikan bahawa golongan muda mampu melakukan anjakan paradigma terhadap pembangunan masyakarat, negara serta dunia.
2) “Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, tetapi meminjamnya daripada generasi akan datang.” Begitulah ungkapan terkenal yang pernah diluahkan oleh negarawan ulung India, Mahatma Gandhi. Kata-kata beliau seharusnya menyedarkan kita bahawa alam sekitar perlu dipelihara dan dipulihara supaya generasi pada masa hadapan dapat terus tinggal di dunia ini dengan selesa.
3) Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu isu/persoalan yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia, iaitu...
4) Hakikatnya, institusi keluarga merupakan hospital yang paling unggul untuk memulihkan keadaan yang semakin parah ini.
5) Ibu bapa harus menjadi suri teladan dengan turut mengamalkan amalan mulia tersebut supaya menjadi ikutan anak-anak muda kerana sesungguhnya bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Thursday, 17 January 2013
Senarai peribahasa (Buku Teks Tingkatan 5)
1. Lintah Darat
- Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi
2. Bagai aur dengan tebing
- saling membantu/ bekerjasama
3. Anak Dagang
- Perantau/orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
- Banyak kelebihan negeri orang tetapi negeri sendiri tetap lebih baik
5. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
- kalau takut menghadapi cabaran(penderitaan), lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. Indah khabar daripada rupa
- Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- pengagihan yang sama banyak/sama-sama dapat merasa
8. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
- menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
9. Kacang lupakan kulit
- lupa asal usul/tidak mengenang jasa
10.Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
- susah senang hadapi bersama
11. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
- menurut adat/peraturan di tempat kita tinggal atau pergi
12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
- kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
13. Memerah otak
- berfikir dengan bersungguh-sungguh
14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
- jika tidak berusaha,tidak akan dapat mencapai kejayaan
15. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
- bersusah payah dahulu untuk mendapat kesenangan pada masa depan
16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
- sesuatu benda/kejayaan tidak akan dicapai jika tidak berusaha
17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
- walaupun tidak banyak tetapi jika dikumpul akhirnya akan menjadi banyak
18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
- bertambah dengan banyak dalam masa yang singkat
19. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
20. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
- sesuatu yang sudah ada dalam genggaman terlepas/hilang disebabkan tamak untuk mendapatkan sesuatu yang belum pasti
21. Mencari jalan
- berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara/masalah
22. Biar mati anak, jangan mati adat
- kuat berpegang pada adat/mmempertahankan adat
23. Sediakan payung sebelum hujan
- bersiap sedia/membuat persediaan awal sebelum ditimpa sesuatu bencana/nasib malang
24. Besar hati
- gembira
25. Anak buah
- anak saudara/pekerja dibawah jagaan kita
26. Tuan rumah
- tempat berlangsung sesuatu acara
27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
- adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru
28. Batu penghalang
- halangan/rintangan
29. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
- orang lelaki yang merisik bakal isterinya
30. Bagai ikan pulang ke lubuk
- orang yang pulang ke tempat asal
Tuesday, 15 January 2013
Senarai Peribahasa (Buku Teks Tingkatan 4)
Salam sejahtera kepada setiap insan yang sudi meluangkan masa bersama saya secara maya. Pada hari ini, saya akan berkongsi sedikit tips yang amat berguna untuk pelajar-pelajar SPM dan PMR.
Soalan 2(e) dalam peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2 merupakan soalan yang sering 'membunuh' harapan pelajar untuk mendapat markah yang cemerlang dalam mata pelajaran ini. Soalan 2(e) terdiri daripada 3 soalan peribahasa.
Sebenarnya, kebanyakan pelajar tidak tahu bahawa setiap peribahasa yang dikemukakan dalam soalan tersebut merupakan peribahasa dari buku teks tingkatan 4 atau tingkatan 5. Oleh itu, saya ingin berkongsi senarai peribahasa dari buku teks tingkatan 4 untuk memudahkan para pelajar membuat rujukan.
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- Kata sepakat yang tercapai dalam masyarakat
2. Darah Daging
- Anak /saudara-mara daripada keturunan sendiri
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- bersama-sama mengerjakan/menghadapi sesuatu
4. Meninggi diri
- sombong
5. Bermuka dua
- tidak jujur/pandai berpura-pura
6.Baik hati
- bersikap baik dan penyayang (suka membantu orang lain)
7. Tulang belakang
- punca kekuatan/orang yang dijadikan sandaran(harapan)
8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
- mengerjakan sesuatu sehingga berjaya
9. Bagai kaca terhempas ke batu
- sangat sedih/kecewa
10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- mendidik anak sejak mereka kecil lagi
11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
- sama taraf/darjat
12. Seperti lembu dicucuk hidung
- orang yang selalu menurut kemahuan orang lain
13. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
- segala yang dikehendaki sudah diperoleh
14. Terang hati
- mudah menerima tunjuk ajar/pandai
15. Rendah hati
- tidak sombong
16. Murah hati
- Pemurah/tidak kedekut
17. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
- sesuatu yang utuh/tidak berubah
18. Tangan kosong
- hampa/tiada hasil
*Pelajar juga digalakkan untuk menggunakan peribahasa semasa mengarang. Hal ini demikian kerana, skema pemarkahan yang sebenar amat menitikberatkan penggunaan bahasa yang indah serta menarik. Bahasa Malaysia akan menjadi lebih indah jika anda menggunakan peribahasa. Namun begitu, berhati-hati semasa menggunakan peribahasa. Pastikan anda memahami maksud peribahasa sebelum menggunakannya.
Selamat mencuba!!!
Thursday, 10 January 2013
Tatabahasa: CaTAT
Catat=> Menulis sesuatu perkara (yang berbentuk perkataan) untuk peringatan.
Contoh ayat: Murid-murid itu sedang mencatat butiran mengenai ceramah motivasi yang akan diadakan pada bulan hadapan.
Catit=> Menulis sesuatu perkara (yang berbentuk nombor) untuk peringatan.
Contoh ayat: Pak Ali sedang mencatit nombor telefon jiran baharunya.
Catut=> Penyepit (utk mencabut janggut dll), pencabut paku, atau lebih dikenali sebagai kakaktua.
Contoh ayat: Pak Abu sedang mencabut paku-paku itu dengan menggunakan sebuah catut.

Tuesday, 8 January 2013
Tatabahasa: ‘...kkan’, atau ‘...kan’?
Cuba anda pilih salah satu perkataan yang
tepat yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa bagi setiap pasangan perkataan
di bawah:
Menggunakan atau Menggunakkan?
Menaikkan atau Menaikan?
Kenaikan atau Kenaikkan?
Rompakan atau Rompakkan?
Sebenarnya, mudah sahaja untuk mengetahui
perkataan yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa.
1) Jangan gandakan huruf k jika perkataan akar
tidak tamat dengan huruf tersebut.
Contoh: Menggunakan atau Menggunakkan?
Perkataan akar: Guna (tidak tamat dengan huruf
k)
Oleh sebab itu, anda tidak perlu menggandakan huruf k.
Perkataan yang betul: Menggunakan
2) Jika perkataan akar tamat dengan huruf k,
a) Lakukan penggandaan huruf k hanya jika
imbuhan awalan yang digunakan bermula dengan huruf m.
b) jangan gandakan huruf k jika imbuhan awalan
yang digunakan bermula dengan huruf selain huruf m.
Contoh: Menaikan atau Menaikkan?
Perkataan akar: Naik (tamat dengan huruf k)
Imbuhan awalan: Me- (bermual dengan huruf m)
Oleh sebab itu, anda perlu menggandakan huruf k.
Perkataan yang betul: Menaikkan
Kenaikkan atau Kenaikan?
Perkataan akar: Naik (tamat dengan huruf k)
Imbuhan awalan: Ke- (tidak bermula dengan
huruf m)
Oleh sebab itu, anda tidak perlu menggandakan huruf k.
Perkataan yang betul: Kenaikan
Rompakan atau Rompakkan?
Perkataan akar: Rompak (tamat dengan huruf k)
Imbuhan awalan: Tiada
Oleh sebab itu, anda tidak perlu menggandakan huruf k.
Perkataan yang betul: Rompakan
Selamat mencuba!!!
Thursday, 3 January 2013
Tatabahasa: Perbezaan ‘IntiP’
Intip=> melihat pergerakan seseorang atau
sesuatu dengan menyamar atau secara bersembunyi-sembunyi
Inti=> inti yang terdapat dalam sesuatu
kuih; isi sesuatu perbincangan
Selamat mencuba!!!
Tuesday, 1 January 2013
Tatabahasa: Perbezaan frasa “Temu ...”
Sudah lama kita tidak bertemu melalui alam maya ini. Ilmu yang saya ingin kongsi kali ini amat berguna untuk pelajar PMR dan SPM kerana frasa-frasa yang akan saya terangkan sering disoal dan diuji dalam PMR kertas 1 serta SPM kertas 2.
Baiklah, adakah anda tahu perbezaan frasa-frasa berikut?
- Temu janji
- Temu bual
- Temu ramah
- Temu duga
Hakikatnya, kita tidak perlu menghafal maksud setiap frasa di atas. Cuma, fahamilah maksud perkataan yang hadir selepas perkataan ‘temu’.
Temu janji=> Pertemuan yang diadakan untuk melaksanakan sesuatu janji. Contohnya, frasa ini digunakan untuk pertemuan kita dengan teman wanita atau teman lelaki, di mana kita berjanji untuk bertemu dan membelanjanya makan malam atau sebagainya.
Contoh ayat: Siti memarahi Amran kerana sering membatalkan temu janjinya pada minit-minit terakhir.
Temu bual=> Pertemuan yang diadakan untuk berbual secara terperinci tentang sesuatu perkara (insiden). Contohnya, frasa ini digunakan apabila wartawan sedang berbual dengan seseorang untuk mengetahui sesuatu insiden secara terperinci, bukannya untuk mengetahui tentang seseorang atau diri orang itu.
Contoh ayat: Wartawan Akhbar Sinar Harian itu sedang menemu bual pengurus besar syarikat Zikumi yang dipercayai menjadi dalang insiden pembunuhan salah seorang pekerja di syarikatnya itu.
Temu ramah=> Pertemuan yang diadakan untuk berbual secara ramah mengenai sesuatu perkara. Contohnya, frasa ini sering digunakan apabila wartawan sedang berbual dengan seseorang untuk mengetahui diri seseorang secara lebih mendalam atau mengenai sesuatu perniagaan.
Contoh ayat: Wartawan itu sedang menemu ramah atlet sukan yang berjaya meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik yang lalu.
Temu duga=> Pertemuan yang diadakan untuk memberi dugaan (cabaran) kepada seseorang. Contohnya, frasa ini digunakan apabila majikan sesebuah syarikat sedang menyoal seorang calon pekerjanya.
Contoh ayat: Temu duga secara terbuka di pasar raya besar itu berjaya menarik perhatian hampir 100 orang individu yang tidak mempunyai pekerjaan.
Selamat mencuba!!!
Wednesday, 14 November 2012
Contoh Karangan SPM: Ciri-ciri Remaja Gemilang
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu persoalan yang sering menjadi topik perbualan masyarakat pada hari ini, iaitu ciri-ciri sebenar remaja gemilang. Mantan presiden Indonesia, Seokarno pernah berkata, "berikan saya sepuluh orang belia waja, nescaya saya akan gegarkan dunia ini". Kata-kata beliau jelas membuktikan bahawa remaja yang merupakan insan kerdil ciptaan Tuhan mampu melakukan anjakan paradigma terhadap masyarakat, negara dan dunia. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan giat melaksanakan pelbagai langkah demi membentuk remaja yang dapat memberi impak saujana terhadap negara pada masa hadapan. Tamsilnya, pihak kerajaan telah memperkenalkan program Rakan Muda yang bermatlamat untuk melahirkan remaja yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Lebih-lebih lagi, mereka turut menganjurkan Himpunan Jutaan Belia pada setiap tahun untuk menghimpunkan remaja dari seluruh negara dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti secara sihat. Setiap langkah ini dilaksanakan demi melahirkan remaja yang gemilang dengan ciri-ciri tertentu.
Pertama sekali, remaja gemilang merupakan remaja yang sentiasa menunjukkan ketaatan yang utuh terhadap negara. Tunas yang baru sahaja mengenali dunia ini dapat disifatkan sebagai individu yang cemerlang jika mereka sentiasa sudi memberi sumbangan kepada tanah air mereka. Remaja gemilang patut bergiat secara aktif dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa demi mengharumkan nama Malaysia. Umpamanya, remaja harus mencontohi Pandalela Rinong yang baru sahaja berumur 19 tahun tetapi telah berjaya meraih satu pingat gangsa dalam Sukan Olimpik yang lalu sekali gus menyebabkan Malaysia mendapat tumpuan masyarakat di seluruh dunia. Pada masa yang sama, remaja perlu mengelakkan diri daripada kegiatan yang mampu menjejaskan keharmonian negara. Mereka tidak patut menjadi duri dalam daging sehingga mudah dipengaruhi oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka. Contohnya, remaja seharusnya tidak terlibat dengan perhimpunan haram yang jelas memburukkan negara pada pandangan mata dunia. Maka, remaja yang sentiasa sudi memberi sumbangan kepada negara serta tidak melakukan onarlah yang dikatakan sebagai remaja gemilang yang taat kepada negara.
Di samping itu, remaja gemilang juga merupakan golongan muda yang mempunyai jati diri. Hakikatnya, remaja kini sering terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Contohnya, gejala pembuangan bayi, vandalisme dan gangsterisme semakin berleluasa dalam kalangan golongan muda malah berada pada tahap kritikal. Keadaan ini bertambah keruh apabila remaja mudah dipengaruhi dengan budaya kuning dan semakin melupakan budaya timur. Sebagai contoh, cara berpakaian dan pertuturan harian golongan muda kini bersifat 'kebaratan'. Namun begitu, jika remaja berjati diri, sudah tentu mereka sentiasa sanggup mempertahankan budaya timur yang sememangnya kaya dengan pelbagai amalan yang luhur. Misalnya, masyarakat Timur amat menekankan amalan menghormati orang yang lebih tua, cara berpakaian secara bersopan serta pertuturan yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Secara tidak langsung, remaja akan berdisiplin dan tidak terlibat dengan kegiatan negatif. Maka, golongan remaja inilah yang dikatakan sebagai gemilang.
Selain itu, sebagai golongan rakyat yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan, remaja gemilang harus mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Hal ini demikian kerana tanpa semangat untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu, remaja tidak akan dapat memajukan diri dan negara. Tamsilnya, remaja mestilah melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan serta berani untuk menerokai sesuatu bidang yang baharu. Remaja patut mencontohi individu-individu yang berjaya dalam hidup mereka pada usia yang muda. Umpamanya, seorang pelajar berumur 16 tahun di Nepal telah berjaya mencipta sebuah alat yang dapat menghasilkan kuasa elektrik daripada rambut. Kisah kejayaannya mendapat perhatian seluruh dunia sehingga dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat. Individu seperti inilah yang dikatakan sebagai remaja gemilang. Walau bagaimanapun, remaja haruslah berfikir secara rasional dan mengelakkan perkara-perkara yang mampu memudaratkan diri mereka dan orang lain. Secara ringkas, semangat inkuiri yang dimiliki oleh remaja mestilah digunakan secara positif untuk pembangunan masyarakat. Situasi ini sudah tentu melahirkan remaja gemilang yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Seterusnya, kita perlu sedar dan ingat bahawa remaja gemilang juga perlu mempunyai ilmu keagamaan yang lengkap dalam diri mereka. Golongan muda tidak patut bersikap materialistik tetapi haruslah mengamalkan amalan harian yang selari dengan pegangan agama mereka. Seseorang remaja masih akan dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat walaupun dia berjaya dalam hidup tetapi tidak mempercayai kewujudan Tuhan sehingga sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Contohnya, remaja yang cemerlang dalam akademik dan aktif dalam sukan akan tetap dicela jika tidak menunaikan kewajipannya sebagai seorang penganut agama tertentu. Oleh sebab itu, remaja gemilang perlu sentiasa berpegang kepada ajaran agamanya. Misalnya, sebagai seorang penganut agama Islam, remaja harus menunaikan solat lima kali pada setiap hari. Setiap penganut agama Buddha dan Hindu pula perlu mempercayai hukum karma yang menekankan bahawa setiap tindakan manusia pasti ada balasannya. Keadaan ini seterusnya akan melahirkan remaja yang sentiasa mempunyai satu pegangan hidup yang kukuh.
Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai ciri remaja gemilang. Oleh itu, pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengenal pasti dan melaksanakan langkah-langkah yang dapat membantu remaja membina keperibadian diri mereka secara positif dan holistik. Kita perlu sentiasa ingat bahawa masa hadapan Malaysia terletak pada tangan remaja. Malah, gambaran masa hadapan negara dapat dilihat melalui remaja pada hari ini. Maka, remaja gemilang sememangnya mustahak jika kita mahu melihat Malaysia terus membangun dan mencapai status negara maju. Sekiranya remaja gemilang dapat dibentuk, sudah tentu negara kita yang tercinta dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat sekali gus menzahirkan Wawasan 2020.

Subscribe to:
Posts (Atom)