Sunday 1 April 2012

Tatabahasa: Penggunaan Imbuhan 'M...' dan 'P...'

Cuba anda pilih perkataan yang paling sesuai.

Perlaksanaan atau Pelaksanaan?
Perbuatan atau Pebuatan?
Pelantikan atau Perlantikan?
Perlebaran atau Pelebaran?

Sebenarnya, mudah sahaja untuk mengetahui pengunaan imbuhan yang betul untuk perkataan di atas. Cuba anda gunakan imbuhan yang bermula dengan 'M...' atau 'B...' (mengikut kesesuaian).

Contoh: Laksana=>Melaksanakan
Sekarang, cuba anda gantikan imbuhan tersebut dengan imbuhan yang bermula dengan 'P...'

Contoh: 
Laksana=>Melaksanakan=>Pelaksanaan
Buat=>Berbuat=>Perbuatan
Lantik=>Melantik=>Pelantikan
Lebar=>Melebarkan=>Pelebaran

Maka, pilihan perkataan inilah yang tepat dan gramatis.


*Calon PMR dan SPM sering keliru dengan penggunaan imbuhan 'P...' yang tepat. 

Selamat mencuba!